Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

SEMUA PTJ JANM NEGERI SABAH
SEPERTI DI LAMPIRAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Y.Bhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

 PERUBAHAN GARIS PANDUAN TATACARA PENYELENGGARAAN DAN SEMAKAN LAPORAN SIJIL PENGESAHAN BAKI VOT/DANA

 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 2.         Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM)  Bilangan 5 Tahun 2023 bertarikh 30 Oktober 2023, dimaklumkan bahawa terdapat perubahan pada penggunaan lampiran dan juga laporan yang perlu dijana dari Sistem iGFMAS bagi Laporan Sijil Pengesahan Baki Vot/Dana.

3.         Bersama ini disertakan Lampiran K, Lampiran K3, Lampiran K3(a), Lampiran K3(b) dan Lampiran K3(c) dari SPANM Bilangan 5 Tahun 2023 untuk rujukan YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan. Rujukan penuh surat pekeliling ini boleh dimuat turun dari laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia.  Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 Tahun 2018 adalah dibatalkan. Mohon tindakan daripada pihak  YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan  untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Vot/Dana kepada Unit Akaun dengan menggunakan format baru bermula dari laporan bulan Januari 2024.

4.         Adalah diharapkan agar pihak YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan sentiasa memastikan Sijil Pengesahan Baki Vot/Dana dikemukakan kepada Unit Akaun, JANM Sabah dalam tempoh 14 haribulan bulan berikutnya mengikut ketetapan seperti di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2023. Sebarang pertanyaan berkenaan Sijil Pengesahan Baki Vot/Dana boleh berhubung dengan Puan Roshahizan Binti Mohd Rejab di talian 088-324 814.

5.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato/Datin/Tuan/Puan untuk perkara ini amatlah dihargai.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Saya yang menjalankan amanah,

   t.t

(MOHD AZIZI BIN MOHD ASPAR C.A(M), CPA(AUST))

Pengarah Negeri
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah