Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa tarikh akhir penghantaran permohonan bayaran balik hasil bagi tahun kewangan semasa adalah pada 20 November 2026 (Jumaat). Semua permohonan hendaklah dikemukakan berserta dokumen sokongan yang lengkap sebelum atau pada tarikh tersebut bagi memastikan kelancaran proses semakan dan pembayaran.
3. Untuk makluman pihak tuan, kelulusan dan pembayaran permohonan adalah tertakluk kepada baki peruntukan semasa yang telah disalurkan kepada pejabat ini. Sekiranya baki peruntukan tidak mencukupi atau telah habis digunakan, permohonan yang tidak dapat diproses dalam tahun kewangan 2026 akan dikembalikan kepada pihak tuan untuk dikemukakan semula bagi tujuan pemprosesan dan pembayaran pada tahun 2027.
4. Kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan dalam mematuhi ketetapan ini amatlah dihargai bagi melancarkan urusan penutupan akaun akhir tahun.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Saya yang menjalankan amanah,
T.T.
(WASFIZZI NAZRI BIN WASLI)
Penolong Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah



