SEMUA PTJ DI BAWAH SELIAAN
JANM NEGERI SABAH
Tuan/Puan,
PENGHANTARAN PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN YANG BERKAITAN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN (INTERIM) TAHUN KEWANGAN 2023 (LEJAR AKRUAN)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan diminta untuk mengemukakan pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Interim bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2025 berdasarkan Lejar Akruan. Oleh itu, semua PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Sabah hendaklah mengambil tindakan ke atas perkara seperti berikut:
(a) Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun berikut mengikut panduan yang disertakan bersama surat ini;
(b) Memastikan Pengesahan Baki yang lengkap dan sempurna dikemukakan dalam empat (4) salinan kepada JANM Negeri Sabah selewat-lewatnya pada 27 Oktober 2025 (Isnin). Pihak tuan/puan diminta memberikan penjelasan secara bertulis kepada kami sekiranya gagal melaksanakan perkara ini.
3. Setiap Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan iaitu mengikut PTJ DIPERTANGGUNG dan disahkan serta ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau pegawai kanan di pejabat tuan/puan. Tatacara, panduan dan format Pengesahan Baki ini boleh dimuat turun melalui PAUTAN INI.
4. Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai dalam memastikan Pengesahan Baki bagi penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Interim bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2025 berdasarkan Lejar Akruan adalah lengkap dan teratur.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan"
Saya yang menjalankan amanah,
T.T.
(MOHD AZIZI BIN MOHD ASPAR C.A.(M) CPA (Aust))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah



