Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

SEMUA PTJ DIBAWAH SELIAAN

JANM NEGERI SABAH

Tuan/Puan,

PENGHANTARAN PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN YANG BERKAITAN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN LEJAR AKRUAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2024

SENARAI PTJ KKS AKRUAN AKHIR 2024
SURAT ARAHAN PENYERAHAN KKS AKHIR TAHUN 2024 - PTJ

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan diminta untuk mengemukakan pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan untuk tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2024. Oleh itu, semua PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Sabah hendaklah mengambil tindakan ke atas perkara seperti berikut:

(a) Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun seperti yang disenaraikan di Lampiran 1;

(b) Memastikan Pengesahan Baki yang lengkap dan sempurna dikemukakan dalam empat (4) salinan kepada JANM Negeri Sabah selewat-lewatnya pada 12 Mac 2025(Rabu). Pihak tuan/puan diminta memberikan penjelasan secara bertulis kepada kami sekiranya gagal melaksanakan perkara ini.

3.       Setiap Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan iaitu mengikut PTJ DIPERTANGGUNG dan disahkan serta ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau pegawai kanan di pejabat tuan/puan. Format Pengesahan Baki ini boleh dimuat turun melalui LINK INI - LAMPIRAN KKS AKHIR TAHUN 2024. Dilampirkan bersama Tatacara Semakan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar dan  Pejabat Perakaunan untuk rujukan tuan/puan.

4.       Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai dalam memastikan Pengesahan Baki bagi penyediaan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2024 adalah lengkap dan teratur.

                                                                                  

Sekian, terima kasih.

 

"MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Inovasi Memperkasa Perakaunan Mampan”

 

                      t.t.

 

(MOHD AZIZI BIN MOHD ASPAR C.A.(M), CPA(AUST))

Pengarah 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Sabah