Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Semua Ketua Jabatan / Pusat Tanggungjawab (PTJ)


Ybhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan,

TARIKH AKHIR PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN REKUPMEN PANJAR DAN PROSES PENERIMAAN REKUPMEN BAGI TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.      Bagi melancarkan proses  penutupan panjar bulanan, semua PTJ Pemegang Panjar hendaklah mematuhi tarikh-tarikh Akhir Penyediaan Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar dan Penerimaan Rekupmen seperti ditetapkan di Lampiran A. Kegagalan mematuhi tarikh-tarikh tersebut akan menyebabkan Akaun Penyelesaian Panjar (A2911101) tidak berbaki kosong.

3.      Selain itu, Jabatan ini akan menolak (kuiri) Arahan Pembayaran Rekupmen yang diterima selepas tarikh akhir rekupmen. Sekiranya memerlukan pertanyaan penjelasan lanjut, sila hubungi Wan M. Syafawee Bin Wan Zaki di talian 088-324832.
 
Sekian, terima kasih

"MALAYSIA MADANI"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
“Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan”


Saya yang menjalankan amanah,

                          tt
(MOHD AZIZI BIN MOHD ASPAR C.A.(M),CPA(AUST))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah