SEMUA PTJ DI BAWAH SELIAAN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Y.Bhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
MAKLUMAN UNTUK MENGEMUKAKAN SIJIL PENGESAHAN BAKI AKAUN SECARA ATAS TALIAN
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa pihak tuan/puan dikehendaki mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Akaun setiap bulan kepada pihak kami sepertimana yang terkandung di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berikut:
BIL |
AKAUN |
RUJUKAN PEKELILING |
1 |
VOT / DANA |
SPANM BILANGAN 5 TAHUN 2023 Soalan Lazim Penyelenggaraan Laporan Kewangan – 24 Jun 2022 |
2 |
TERIMAAN |
SPANM BILANGAN 3 TAHUN 2019 Soalan Lazim Penyelenggaraan Laporan Kewangan – 24 Jun 2022 |
3 |
DEPOSIT |
SPANM BILANGAN 1 TAHUN 2023 |
4 |
AMANAH |
AP143(b), 1 PEKELILING PERBENDAHARAAN WP10.4 |
SPANM BILANGAN 4 TAHUN 2021 |
3. Sehubungan dengan itu, mohon tindakan daripada pihak tuan/puan untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Akaun kepada Unit Akaun secara atas talian dan tidak perlu dikemukakan secara hardcopy bermula bulan Januari 2025. Penghantaran Sijil Pengesahan Baki Akaun boleh dibuat melalui pautan Google Form https://forms.gle/1oksehP4LctSxPSHA atau imbas QR Code di bawah:
4. Adalah diharapkan agar pihak tuan/puan sentiasa memastikan Sijil Pengesahan Baki Akaun dikemukakan kepada pihak kami dalam tempoh 14 haribulan bulan berikutnya mengikut ketetapan seperti di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berkaitan.
5. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"
Saya yang menjalankan amanah,
t.t
(NG PEIK SEE C.A.(M), CPA(AUST.))
Timbalan Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah