Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

SEMUA PTJ DI BAWAH SELIAAN

JANM NEGERI SABAH

Tuan/Puan,

PENGHANTARAN PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN YANG BERKAITAN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN LEJAR AKRUAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN TAHUN KEWANGAN 2023

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan diminta untuk mengemukakan pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Akhir Tahun bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2022 berdasarkan Lejar Akruan. Oleh itu, semua PTJ dibawah seliaan JANM Negeri Sabah hendaklah mengambil tindakan ke atas perkara seperti berikut:

                  (a) Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun seperti yang disenaraikan di Lampiran 1;

                   (b) Memastikan Pengesahan Baki yang lengkap dan sempurna dikemukakan dalam empat (4) salinan kepada JANM Negeri Sabah selewat-lewatnya pada 
                        12 Mac 2024 (Selasa). Pihak tuan/puan diminta memberikan penjelasan secara bertulis kepada kami sekiranya gagal melaksanakan perkara ini.

3.       Setiap Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan iaitu mengikut PTJ DIPERTANGGUNG dan disahkan serta ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau pegawai kanan di pejabat tuan/puan. Format Pengesahan Baki ini boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah https://sabah.anm.gov.my/  di menu Muat Turun. Dilampirkan bersama Tatacara Semakan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar dan  Pejabat Perakaunan untuk rujukan tuan/puan.

4.       Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai dalam memastikan Pengesahan Baki bagi penyediaan Kertas Kerja Sokongan Lejar Akruan bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2023 adalah lengkap dan teratur.


Sekian, terima kasih.

 "MALAYSIA MADANI"

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan”
 
                      t.t.
 
(MOHD AZIZI BIN MOHD ASPAR C.A.(M), CPA(AUST))
Pengarah 
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah