Semua Ketua Jabatan/ Ketua PTJ
Di Lampiran B
Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL REFRESHER TATACARA PENYEDIAAN SIJIL PENGESAHAN BAKI AKAUN DEPOSIT, AKAUN AMANAH, AKAUN TERIMAAN DAN VOT/DANA SECARA BULANAN
Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini akan menganjurkan Bengkel Refresher Tatacara Penyediaan Sijil Pengesahan Baki Akaun Deposit, Akaun Amanah, Akaun Terimaan dan Vot/Dana secara bulanan sebagai usaha untuk membantu pegawai di jabatan tuan/puan untuk melaksanakan tugas-tugas berkenaan pengurusan kewangan terutamanya melibatkan Penyediaan Sijil Pengesahan Baki bulanan. Justeru, wakil jabatan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut mengikut ketetapan dibawah;
Tarikh : 08 hingga 11 Mei 2023
22 hingga 25 Mei 2023 (Siri 2)
Masa : 8.00 Pagi – 12.00 tengahari (Sesi pagi)
1.45 petang – 5.00 petang (Sesi petang)
(Sila rujuk Lampiran A)
Tempat : Makmal Komputer Aras 7
Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sabah
(Mengikut pembahagian Sesi di Lampiran B)
3. Sehubungan itu juga, jabatan tuan/puan diminta untuk menghantar seorang wakil yang berperanan sebagai penyedia dan mengesahkan kehadiran sebelum atau pada 14 April 2023 melalui link berikut: https://forms.gle/hqXrgqFthhHhJ1Ts7
2. Untuk makluman pihak tuan/puan, makanan dan minuman tidak disediakan sepanjang bengkel ini dijalankan. Sila hubungi pegawai berikut sekiranya memerlukan penjelasan lanjut;
Bil |
Pegawai |
Perihal |
Telefon |
3.1 |
Esther Anselmus |
Pengurusan Akaun Deposit |
088 324814 |
3.2 |
Sahatinah binti Sulaiman |
Pengurusan Akaun Amanah |
088 324814 |
3.3 |
Juinita binti Ranggangon |
Pengurusan Akaun Terimaan |
088 324814 |
3.4 |
Sibylla Julius @ Sheila binti Kandu/ Nozie Sumil |
Pengurusan Vot/Dana |
088 324814 |
3. Kehadiran tuan/puan amatlah kami hargai dan harapkan.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"
Saya yang menjalankan amanah,
(JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW APOK (C.A.M))
Ketua Penolong Pengarah (Operasi)
b.p Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah