SEMUA PTJ SEPERTI DI LAMPIRAN A
JANM NEGERI SABAH
Tuan/Puan,
PENGHANTARAN PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN YANG BERKAITAN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN (INTERIM) TAHUN 2022
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan diminta untuk mengemukakan pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Interim bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2022 berdasarkan Lejar Akruan. Oleh itu, semua PTJ seperti yang disenaraikan di Lampiran A hendaklah mengambil tindakan ke atas perkara seperti berikut:
(a) Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun berikut mengikut panduan yang disertakan bersama surat ini;
BIL |
ITEM PENYATA KEWANGAN |
KOD AKAUN |
LAMPIRAN |
RUJUKAN LAPORAN PORTAL |
UNIT / NO TELEFON UNTUK DIHUBUNGI 088-324800 |
1. |
INVENTORI –BAGI PTJ INVENTORI SAHAJA |
A06* dan A07* |
C2 |
Laporan Ringkasan Hasil/ Belanja/Aset/Liabiliti/ Ekuiti di Portal IGFMAS |
UNIT PENGURUSAN ASET Ext: 831/832/833 |
2. |
DEPOSIT BAYARAN |
A052* |
D1, D1(A) & D1(B) |
Laporan Ringkasan Hasil/ Belanja/Aset/Liabiliti/Ekuiti di Portal IGFMAS |
UNIT AKAUN Ext: 814/817/843 |
3. |
PERBELANJAAN TERDAHULU ASET |
A053* |
D2 |
||
4. |
WANG PENDAHULUAN KONTRAKTOR |
A0591101 |
D3(A) & D3(B) |
||
5. |
TERIMAAN TAK DITUNAI |
A0311101 |
E1 |
Laporan Daftar Cek Tak Laku di Portal iGFMAS |
6. |
AKAUN BELUM TERIMA (ABT) ONGOING RECEIVABLES |
A048* |
E5 & E5(A) |
Laporan Invois Terperinci di Portal iGFMAS |
UNIT PENGURUSAN DANA Ext: 811/816/805/804/813 |
7. |
ASET BELUM BAYAR |
L013* |
F1 |
Laporan Ringkasan Hasil/Belanja/Aset/Liabiliti/ |
|
8. |
AKAUN BELUM BAYAR GRN/FRN TRANSIT ASET |
L0191103 |
F3 |
Laporan Ringkasan Hasil/Belanja/Aset/Liabiliti/ |
|
9. |
PENDAPATAN TERDAHULU |
L037* |
G |
Laporan Aset/Liabiliti/Ekuiti atau Laporan Ringkasan Hasil/Belanja/Aset/Liabiliti/ |
|
10 |
DEPOSIT |
L11* |
N, N(A) & N(B) |
-Laporan Ringkasan Hasil/Belanja/Aset/Liabiliti/ -Laporan Kedudukan Baki Subsidiari/Laporan Terimaan Terdahulu dan Deposit di Portal iGFMAS. |
UNIT AKAUN Ext: 814/817/843 |
(b) Memastikan Pengesahan Baki yang lengkap dan sempurna dikemukakan dalam tiga (3) salinan kepada JANM Negeri Sabah selewat-lewatnya pada 28 Oktober 2022 (Jumaat).
3. Setiap Pengesahan Baki yang disediakan hendaklah mematuhi format yang telah ditetapkan iaitu mengikut PTJ DIPERTANGGUNG dan disahkan serta ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau pegawai kanan di pejabat tuan/puan. Format Pengesahan Baki ini boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah https://sabah.anm.gov.
3.2 Tatacara Semakan Penyediaan Pengesahan Baki Oleh PTJ Pembayar dan Pejabat Perakaunan
4. Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai dalam memastikan Pengesahan Baki bagi penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Interim bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2022 berdasarkan Lejar Akruan adalah lengkap dan teratur.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul”
Saya yang menjalankan amanah,
t.t
(JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW APOK C.A.(M))
Ketua Penolong Pengarah (Operasi)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah