Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Tuan/ Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 3 Tahun 2022 Tatacara Perakaunan Aset Bukan Kewangan Kerajaan bertarikh 22 April 2022 serta surat Penghantaran Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Bagi Sukuan Dua Tahun 2022 edaran Unit Pengurusan Aset, Jabatan Akauntan Negara Malaysia rujukan ANM (P) SBH.4/13 (3) bertarikh 8 Julai 2022 adalah berkaitan.
 
2.      Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan hendaklah dihantar sebelum atau selewat-lewatnya 18 Julai 2022 untuk tindakan kami selanjutnya. Kegagalan dalam penghantaran Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan akan dilaporkan kepada pihak Kementerian masing-masing. Adalah diingatkan juga bahawa Ketua PTJ adalah bertanggungjawab terhadap semua maklumat yang dilaporkan dan disahkan.
 
3.     Dilampirkan bersama link untuk memuat turun dokumen seperti berikut:

 
(i)   Surat edaran Unit Pengurusan Aset, JANM Negeri Sabah Penghantaran Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan Bagi Sukuan Dua Tahun 2022 rujukan ANM (P) SBH.4/13(3) bertarikh 8 Julai 2022

 
(ii)  Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan - Aset Tak Alih dan Aset Alih

 
(iii)  Panduan mengisi Laporan Perakaunan Aset Bukan Kewangan - Aset Tak Alih dan Aset Alih

 
4.     Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah menghubungi Unit Pengurusan Aset di talian 088-324 831/832/833 atau melalui emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih. 
 
Unit Pengurusan Aset
Seksyen Pemantauan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah
14 Julai 2022