Tuan/ Puan,
Merujuk kepada SPANM Bilangan 4 Tahun 2021, pihak PTJ hendaklah menyemak Laporan PTJ yang dijana dan memastikan baki terkumpul amanah berakhir pada bulan berkenaan adalah tepat. Penghantaran Sijil Pengesahan Baki Akaun Amanah perlu mematuhi kriteria berikut:
1) Sila rujuk Lampiran B di dalam Garis Panduan Pengurusan Akaun Amanah Awam, perkara 7.1 hingga 7.9.6 : Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ) menyelenggara rekod dan laporan berkaitan Akaun Amanah.
2) Pihak PTJ dikehendaki untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Akaun Amanah kepada PTJ Dipertanggung (Kementerian) dan sesalinan kepada JANM Negeri Sabah dalam tempoh 14 hari dari tarikh Laporan PTJ dijana setiap bulan.
3) PTJ hendaklah menggunakan format Sijil Pengesahan Baki seperti yang dilampirkan bersama-sama di dalam SPANM Bil 4 Tahun 2021.
4) Sijil Pengesahan Baki tersebut perlu dikemukakan bermula pada bulan Februari 2022 (Laporan bulan Januari 2022) berserta surat iringan dari jabatan tuan/puan yang lengkap ditandatangani oleh Ketua Jabatan.
5) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas, sila berhubung dengan Unit Akaun melalui e-mel ke
Sekian, terima kasih.
Unit Akaun,
JANM Negeri Sabah
25 Januari 2022