Tuan/ Puan,
NOTIS PERINGATAN PENGGANTIAN DEPOSIT PINDAHAN DANA ELEKTRONIK TERBATAL (EFT) / DEPOSIT PELARASAN CEK TERBATAL BAGI TAHUN 2017 DAN SEMASA BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2018 SEHINGGA 31 OKTOBER 2021
Berikut adalah senarai PTJ yang belum menghantar permohonan penggantian EFT/ EFT/Cek Terbatal :
Lampiran A : Baki Deposit Cek & Eft Terbatal Yang Belum Diganti Mengikut PTJ bagi Tahun 2017 Dan Ke Bawah
Lampiran B : Baki Deposit Cek & Eft Terbatal Yang Belum Diganti Mengikut PTJ bagi Tempoh 1 Januari 2018 Sehingga 31 Oktober 2021
Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menyegerakan tindakan penggantian berdasarkan garis panduan dan tatacara berikut bagi memastikan pembayaran dapat dilakukan kepada penerima.
Bil | Perihal |
2.1 | Senarai semak di Lampiran F: Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pindahan Dana Elektronik Ditolak dan Cek Terbatal Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018. |
2.2 | MPK-AP 15 Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan Bagi Pembatalan Dan Penggantian EFT, dan |
2.3 | MPK-AP 17 Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan Bagi Pembatan Dan Penggantian Cek Terbatal |
Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:
- Puan Anita Binti Pengiran - 088 324814 (Deposit tahun 2017 & sebelum)
- Puan Noor Ifzazila Binti Ramlee@ Ramli - 088 324814 (Deposit tahun 2018 & semasa)
Sila abaikan notis ini jika tindakan penggantian/pelarasan EFT/Cek Terbatal telah diambil.
Unit Akaun,
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah
03 November 2021