Tuan/ Puan,
Dimaklumkan bahawa semua PTJ di bawah JANM Negeri Sabah diminta untuk melengkapkan Pengesahan Baki mengikut format yang ditetapkan dan mengemukakan dokumen ini kepada kami selewat-lewatnya 16 November 2021 (Selasa). Pemakluman secara emel akan dibuat selepas ini. Surat Arahan kepada PTJ dan Panduan Penyediaan Pengesahan serta Lampiran berkaitan boleh diperolehi di pautan yang disertakan.
https://drive.google.com/drive/folders/1du9-zkF3pyms6Scu_I_mz2FxelyBMFCf?usp=sharing
Kerjasama tuan/puan dalam memastikan perkara ini berjalan lancar amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Akaun
JANM Negeri Sabah
02 November 2021