Tuan/ Puan,
Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Sabah tidak akan melaksanakan Taklimat PAT Kewangan 2020 bagi Kerajaan Persekutuan seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya susulan pandemik Covid-19 di Negeri Sabah. Sehubungan dengan itu, bagi membolehkan Taklimat PAT ini dapat disampaikan secara berkesan kepada tuan/ puan, jabatan ini menyediakan Pek PAT yang mengandungi perkara-perkara berikut:
a) Surat Kementerian Kewangan berhubung Tarikh Akhir Bayaran Tahun 2020 & Penutupan Akaun Kerajaan Persekutuan Tahun 2020
b) Pekeliling SPANM Bilangan 4 Tahun 2020 Tarikh Akhir Proses Dokumen Kewangan Bagi Tahun Kewangan 2020
c) Video Taklimat PAT 2020
d) Slide Taklimat PAT 2020
e) FAQ PAT 2020
f) Senarai Nama Pegawai Meja di JANM Negeri Sabah untuk dihubungi berhubung isu-isu PAT
Pek PAT ini boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
Pek Penutupan Akaun Tahun 2020
Harapan kami, dengan adanya Pek PAT ini, ianya dapat menjelaskan proses dan tindakan yang perlu diambil oleh PTJ sebelum, semasa dan selepas penutupan akaun bagi tahun kewangan 2020.
Sekian, terima kasih.
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah
23 November 2020