Tuan/ Puan,
Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan program housekeeping ID pengguna tidak aktif di semua PTJ, Pejabat Perakaunan dan Ibu Pejabat di Production System iGFMAS. Program ini diwujudkan bagi memastikan hanya pengguna yang aktif dan sah sahaja menggunakan sistem iGFMAS. Ini disebabkan setiap ID pengguna iGFMAS adalah lesen yang perlu dibayar penyelenggaraannya oleh BPTM, JANM.
Dimaklumkan kategori program housekeeping ID Pengguna tidak aktif yang akan dilarikan mengikut tarikh semasa adalah seperti berikut:
i. 60 hari - pengguna yang TIDAK PERNAH login dan masih dalam initial password akan diberikan emel peringatan
ii. 90 hari - pengguna yang TIDAK PERNAH login dan masih dalam initial password dan ID telah dihapuskan secara automatik
iii. 120 hari - pengguna yang TELAH TUKAR KATA LALUAN dan TIDAK LOGIN selama 120 hari berturut-turut diberi emel peringatan
iv. 150 hari - pengguna yang TELAH TUKAR KATA LALUAN dan TIDAK LOGIN selama 150 hari berturut-turut dan ID telah dikunci secara automatik
v. 180 hari - pengguna yang TELAH TUKAR KATA LALUAN dan TIDAK LOGIN selama 180 hari berturut-turut dan ID telah dihapuskan secara automatik
Pelaksanaan program ID pengguna tidak aktif akan bermula pada 3 Oktober 2020 (Sabtu). Jika pengguna tergolong dalam salah satu daripada kategori di atas dan ID telah dihapuskan, maka tuan/ puan perlu menghantar semula borang permohonan capaian peranan iGFMAS yang baharu dan muatnaik ke Servicedesk dengan menyatakan justifikasi yang kukuh.
Oleh yang demikian, tuan/ puan adalah dinasihatkan untuk membuat housekeeping pengguna iGFMAS secara dalaman dengan kadar segera bagi mengelakkan ID pengguna dihapuskan secara auto.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Local Administrator (LA) JANM Negeri Sabah di talian 088-324 820/ 821.
Sekian, terima kasih.