Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman


Tuan/ puan adalah dijemput untuk menghadiri Klinik Tatacara Penyediaan Sijil Pengesahan Baki Vot, Amanah, Deposit dan Terimaan.  Klinik ini bertujuan untuk memberi panduan bagaimana menyediakan Sijil Pengesahan Baki yang betul, seterusnya memastikan pematuhan kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3, 4 & 7 Tahun 2019.  Justeru pihak tuan/ puan diminta untuk menghantar seorang pegawai yang mengendalikan Sijil Pengesahan Baki pejabat tuan/ puan untuk menghadiri klinik tersebut seperti pada ketetapan berikut:-




TARIKH/MASA

SIRI

CATATAN

21.09.2020 (ISNIN)
8.30 AM – 4.30 PM
SIRI 1 – MAKMAL ARAS 7




SILA RUJUK SENARAI PTJ (LAMPIRAN A)
22.09.2020 (SELASA)
8.30 AM – 4.30PM
SIRI 2 – MAKMAL ARAS 7
23.09.2020 (RABU)
8.30 AM – 1.00 PM
SIRI 3 – MAKMAL ARAS 7
24.09.2020 (KHAMIS)
8.30 AM – 1.00 PM
SIRI 4 – MAKMAL ARAS7
25.09.2020 (JUMAAT)
8.30 AM – 11.30 AM
SIRI 5 – MAKMAL ARAS7


Sehubungan dengan ini, mohon pihak tuan/ puan untuk membuat pengesahan kehadiran mengikut tarikh sesi klinik yang telah ditetapkan  seperti di Lampiran A melalui pautan https://forms.gle/BFM6yvX8nFubdWKE6 selewat-lewatnya 15 September 2020 (Selasa). Untuk makluman juga makan minum adalah atas tanggungan peserta sendiri. Semua peserta diminta untuk memakai pelitup muka  sepanjang tempoh klinik diadakan. Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran, sila berhubung dengan Pn. Masliah Bte. Basaran di talian 088-324814


Sekian, terima kasih.

Unit Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah