Tuan/ puan adalah dijemput untuk menghadiri Klinik Tatacara Penyediaan Sijil Pengesahan Baki Vot, Amanah, Deposit dan Terimaan. Klinik ini bertujuan untuk memberi panduan bagaimana menyediakan Sijil Pengesahan Baki yang betul, seterusnya memastikan pematuhan kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3, 4 & 7 Tahun 2019. Justeru pihak tuan/ puan diminta untuk menghantar seorang pegawai yang mengendalikan Sijil Pengesahan Baki pejabat tuan/ puan untuk menghadiri klinik tersebut seperti pada ketetapan berikut:-
TARIKH/MASA |
SIRI |
CATATAN |
17.08.2020 (ISNIN) 8.30 AM – 4.30 PM |
SIRI 1 – MAKMAL ARAS 7 JANM SABAH | SILA RUJUK SENARAI PTJ (LAMPIRAN A) |
18.08.2020 (SELASA) 8.30 AM – 4.30PM |
SIRI 2 – MAKMAL ARAS 7 JANM SABAH | |
19.08.2020 (RABU) 8.30 AM – 1.00 PM |
SIRI 3 – MAKMAL ARAS 7 JANM SABAH | |
24.08.2020 (ISNIN) 8.30 AM – 1.00 PM |
SIRI 4 – MAKMAL ARAS7 JANM SABAH |
Sehubungan dengan ini, mohon pihak tuan/ puan untuk membuat pengesahan kehadiran mengikut tarikh sesi klinik yang telah ditetapkan seperti di Lampiran A melalui pautan https://forms.gle/BFM6yvX8nFubdWKE6 selewat-lewatnya 11 Ogos 2020 (Selasa). Untuk makluman juga makan minum adalah atas tanggungan peserta sendiri. Semua peserta diminta untuk memakai pelitup muka sepanjang tempoh klinik diadakan.
Sekian, terima kasih.
Unit Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah