Tuan/ Puan,
PENUTUPAN AKAUN BULANAN BAYARAN DAN TERIMAAN BAGI BULAN JULAI TAHUN 2020
Dimaklumkan bahawa server iGFMAS yang akan ditutup mulai Rabu, 29 Julai 2020 sehingga Sabtu, 1 Ogos 2020. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan Penutupan Akaun Bulanan Bayaran dan Terimaan bulan Julai 2020, PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Sabah hendaklah memastikan semua proses bayaran, terimaan dan transaksi perakaunan di peringkat PTJ diselesaikan dengan sempurna. Berikut adalah ringkasan perkara-perkara penting bagi Penutupan Akaun Bulan Julai 2020 untuk perhatian dan tindakan tuan/ puan selanjutnya:
A. PEMBAYARANPENUTUPAN AKAUN BULANAN BAYARAN DAN TERIMAAN BAGI BULAN JULAI TAHUN 2020
Dimaklumkan bahawa server iGFMAS yang akan ditutup mulai Rabu, 29 Julai 2020 sehingga Sabtu, 1 Ogos 2020. Sehubungan dengan itu, bagi tujuan Penutupan Akaun Bulanan Bayaran dan Terimaan bulan Julai 2020, PTJ di bawah seliaan JANM Negeri Sabah hendaklah memastikan semua proses bayaran, terimaan dan transaksi perakaunan di peringkat PTJ diselesaikan dengan sempurna. Berikut adalah ringkasan perkara-perkara penting bagi Penutupan Akaun Bulan Julai 2020 untuk perhatian dan tindakan tuan/ puan selanjutnya:
Bil | Perkara | Tarikh | Masa | |
1. | Menyelesaikan semua transaksi iGFMAS seperti:
|
29 Julai 2020 |
Sebelum 2.30pm |
|
Sila pastikan semua transaksi iGFMAS dilaksanakan sehingga Perakuan 2 selewat-lewatnya jam 2.30 petang pada 29 JULAI 2020 (RABU). Tindakan peraku 2 hanya boleh diteruskan bermula 3 OGOS 2020 (ISNIN) PTJ adalah tertakluk kepada peraturan pembayaran bil dalam tempoh 14 hari seperti yang dinyatakan dalam Arahan Perbendaharan 103(a). |
||||
2. |
Proses manual yang dibenarkan semasa blackout period bagi keperluan mendesak. i. Pengeluaran Pesanan Kerajaan dengan kelulusan pihak eP melalui eGPA. |
29 Julai 2020 |
Sebelum 2.30pm |
|
Sila pastikan sebarang perolehan (Bekalan / Perkhidmatan) yang memerlukan pengeluaran Pesanan Kerajaan hendaklah dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan. |
B. TERIMAAN
BIL |
TARIKH KUTIPAN / PUNGUTAN |
PERINGKAT TINDAKAN PTJ |
|||
(a) INVOIS |
(b) RESIT |
(c) PENYATA PEMUNGUT |
(d) BANK IN |
||
1 |
29.07.2020 (RABU) (SISTEM TUTUP JAM 2.30 PETANG) |
Proses Invois sehingga lengkap (Status 80) selewat-lewatnya 12.00 tengahari |
Proses resit sehingga Serahan Wang di luluskan (Status 80) selewat-lewatnya 12.00 tengahari |
Proses Penyata Pemungut sehingga Peraku 2 (Status 80) selewat-lewatnya 2.30 tengahari |
|
2 |
29.07.2020 (RABU) (SELEPAS JAM 2.30) SEHINGGA 1.08.2020 (SABTU) |
|
RESIT MANUAL / SISTEM SENDIRI
|
Proses Penyata Pemungut sehingga Peraku 2 (Status 80) pada 03.08.2020 |
|
Sila pastikan semua kutipan SEBELUM DAN PADA 29 JULAI 2020 telah dibankkan selewat-lewatnya jam 2.30 Petang seperti ketetapan AP78.
Bagi kutipan pada 29 JULAI 2020 SELEPAS jam 2.30 petang sehingga 1 Ogos 2020, hendaklah menggunakan RESIT MANUAL / SISTEM SENDIRI. Resit tersebut mestilah dikunci masuk dalam sistem iGFMAS pada 3 OGOS 2020 (ISNIN) |
Sekiranya PTJ GAGAL mematuhi arahan Penutupan Akaun Bulanan bagi bulan Julai 2020 , PTJ dikehendaki mengemukakan SURAT TUNJUK SEBAB ke Jabatan ini sebelum / pada 10 OGOS 2020. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berikan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Seksyen Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah
Sekian, terima kasih.
Seksyen Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah