Semua pengguna iGFMAS,
Dimaklumkan bahawa aktiviti menaiktaraf infrastruktur iGFMAS & sistem sokongan JANM akan dilaksanakan mulai 29 Julai 2020 sehingga 1 Ogos 2020.Maklumat mengenai aktiviti tersebut adalah seperti berikut:
TARIKH/MASA MULA:
29 Julai 2020 (Rabu)/8.00 pm
TARIKH/MASA TAMAT:
01 Ogos 2020 (Sabtu)/11.00 pm
Sepanjang tempoh tersebut, iGFMAS & sistem sokongan JANM iaitu Portal Rasmi JANM, Portal Perakaunan Akruan, ePenyata Gaji & Laporan, eGUMIS, eMaklum, eVendor, ePenyata Pinjaman Komputer, SPWTD, AREF dan Active Directory tidak dapat diakses.
Sehubungan itu, semua Pejabat Perakaunan (JANM Negeri/Cawangan dan BA Kementerian) dan PTJ perlu mengambil tindakan terhadap perkara berikut bagi memastikan semua urusniaga dapat diselesaikan dengan sempurna:
Bil. |
Perkara |
Tindakan |
Tarikh |
Masa |
1. |
Menyelesaikan semua transaksi iGFMAS (termasuk panjar). (Peraku 2 akan disabled pada pukul 4.00pm) |
PTJ |
29 Julai 2020 |
sebelum 3.00pm |
2. |
Menyelesaikan Pembayaran Vendor Open Items (payment run). Nota:
(Sistem tidak boleh diakses mulai pukul 8.00pm) |
AO |
29 Julai 2020 |
sebelum 8.00pm |
3. |
Proses manual yang dibenarkan semasa blackout period bagi keperluan mendesak:
|
PTJ |
29 Julai 2020 Sehingga 1 Ogos 2020 |
8.00pm
11.00pm |
4. |
Penerimaan Penyata Bank dalam iGFMAS bagi transaksi pada 29 Julai sehingga 1 Ogos 2020. |
AO |
3 Ogos 2020 |
8.30am |
5. |
Kaunter Wang Tak Dituntut
|
AO |
20 Julai 2020
30 Julai 2020 |
8.00am Sepanjang waktu operasi |
Sekian, terima kasih.
Daripada:
Unit Pengurusan Perubahan, PPPA,
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
PUTRAJAYA.
17 Julai 2020