Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Tuan/ Puan,

Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan aktiviti Penyambungan Electrical Main Switch Board & Penukaran Modul Core Switch di Pusat Data JANM di Ibu Pejabat.

Aktiviti ini memerlukan downtime kepada semua peralatan iGFMAS dan aplikasi sokongan JANM di Ibu Pejabat JANM.

Aktiviti akan dijalankan bermula Jumaat, 31/01/2020 jam 8.00 malam hingga Ahad, 02/02/2020  jam 7.00 pagi. Pada tempoh tersebut sistem-sistem yang terlibat tidak dapat dicapai.

Maklumat aktiviti adalah seperti berikut:

PERHATIAN KEPADA:

Semua Bahagian Ibu Pejabat JANM, JANM Negeri & Cawangan serta MAMPU

KERJA-KERJA/TUJUAN/SEBAB:

·         Aktiviti Penyambungan Electrical Main Switch Board di Pusat Data JANM Ibu Pejabat

(di bawah Projek Infrastruktur iGFMAS & Sistem Sokongan JANM/Tech Refresh Project); dan

·         Aktiviti Penukaran Modul Core Switch di Pusat Data JANM Ibu Pejabat

(di bawah Kontrak Penyenggaraan Infrastruktur iGFMAS).

KESAN KEPADA PENGGUNA YANG TERLIBAT:

Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut, sistem iGFMAS​ (DEV, QAS & Pre PRD) serta aplikasi sokongan JANM (ePenyata Gaji & Laporan, Portal Rasmi JANM, E-Mel JANM, Active Directory, ePenyata Pinjaman Komputer, Portal Perakaunan Akruan, Sistem Pengurusan Wang Tak Dituntut (SPWTD), AREF, sistem latihan iSPLN & iSPEKS, ePeperiksaan, eKursus, eCAA & lain -lain) dan semua pautan sistem di Portal Rasmi JANM tidak dapat dicapai.

TARIKH / MASA MULA:

Jumaat, 31/01/2020 jam 8.00 malam

TARIKH / MASA TAMAT

Ahad, 02/02/2020  jam 7.00 pagi

SEKIRANYA ANDA MEMERLUKAN PENJELASAN LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI MELALUI:

Unit Pengurusan Infrastruktur, BPTM

1.       Siti Russiah Bt Mamat                ext:1404

2.       Noor Anida Bt Jamaluddin         ext:1798

3.       Abang Ismail Bin Abang Puteh   ext:1257

Unit Pengurusan Rangkaian & Keselamatan ICT, BPTM

1.       Md Zainol Bin Md Amin             ext:1165

2.       Ahmad Shubki Bin Saad             ext:1270

Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan/ Puan mengenai perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Siti Russiah Bt Mamat

KPPK (SPICT)2

Bhg. Pengurusan Teknologi Maklumat

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Tel: 03-88821404