Tuan/ Puan,
PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI AKAUN AMANAH DAN PENYESUAIAN SECARA BULANAN
Selaras dengan AP143(b) dan 1 Pekeliling Perbendaharaan WP10.4 Tatacara Pengurusan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah, adalah menjadi tanggungjawab bagi semua PTJ untuk menghantar Sijil Pengesahan Baki Akaun Amanah dan Penyata Penyesuaian Akaun Amanah setiap bulan dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan laporan FAGLL03 yang dikeluarkan oleh jabatan ini. Sila muat-turun lampiran-lampiran berikut untuk maklumat lanjut:
a) Surat Edaran Akaun Amanah
b) Senarai PTJ Amanah (Lampiran A)
c) Sijil Pengesahan Baki Akaun Amanah (Lampiran B)
d) Penyata Penyesuaian Akaun Amanah (Lampiran C)
Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Puan Sahatinah binti Sulaiman di talian 088-324817.
Sekian, terima kasih.
Unit Akaun
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah