Tuan/ Puan,
PRESTASI PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DEPOSIT BAGI BULAN OGOS 2019
Disertakan senarai prestasi penghantaran Sijil Pengesahan Baki Deposit seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2019 berkuatkuasa mulai Jun 2019 yang lalu. Sukacita diucapkan TAHNIAH kepada tujuh (7) Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang tersenarai di Senarai A yang telah membuat penghantaran dalam tempoh 14 hari selepas penutupan akaun bulan Ogos 2019.
Diharapkan agar PTJ di Senarai B, akan mempertingkatkan lagi usaha untuk memastikan sijil dikemukakan ke jabatan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi 253 PTJ di Senarai C yang belum mengemukakan sijil, sila berbuat demikian dengan kadar segera sebelum surat peringatan lanjut dikeluarkan. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Puan Naimie Simbun di talian 088-324814.
Bil |
Status penghantaran |
Bilangan PTJ |
Lampiran |
1 |
≤ 14 hari |
7 |
Senarai A |
2 |
˃ 14 hari |
6 |
Senarai B |
3 |
belum diterima |
253 |
Senarai C |
|
Jumlah |
266 |
|
Sekian, terima kasih.
JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW APOK C.A.(M)
Ketua Penolong Pengarah Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah