Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Tuan/ Puan,


Disertakan senarai prestasi penghantaran Sijil Pengesahan Baki Vot seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018 berkuatkuasa mulai Oktober 2018 yang lalu. Sukacita diucapkan TAHNIAH kepada 164 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang tersenarai di Senarai A yang telah membuat penghantaran dalam tempoh 14 hari selepas penutupan akaun bulan Mei 2019.

Diharapkan agar PTJ di Senarai B, akan mempertingkatkan lagi usaha untuk memastikan sijil dikemukakan ke jabatan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi 104 PTJ di Senarai C yang belum mengemukakan sijil, sila berbuat demikian dengan kadar segera sebelum surat peringatan lanjut dikeluarkan. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Encik Wan Norzuraidi Bin Wan Ismail di talian 088-324814

Bil

Status penghantaran

Bilangan PTJ

Lampiran

1

≤  14 hari

164

Senarai  A

2

˃  14 hari

 38

Senarai  B

3

belum diterima

 104

Senarai  C

 

Jumlah

306


Sekian, terima kasih.


JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW APOK C.A.(M)

Ketua Penolong Pengarah Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah