Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

RALAT : PERTUKARAN TEMPAT KURSUS PERAKAUNAN AKRUAN DAN DIALOG BERSAMA DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI PERAKAUNAN/KEWANGAN DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI BAGI ZON SABAH

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Untuk makluman tuan/puan, Kursus Perakaunan Akruan Dan Dialog Bersama Dengan Pegawai-Pegawai Perakaunan/Kewangan di bawah JPM bagi Zon Sabah telah berubah tempat disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Perubahan tempat baru adalah seperti berikut :-
Tarikh : 29 – 1 Mac 2016
Tempat : Bilik Seminar Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Aras 2, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah

Bahagian Akaun JPM memohon kerjasama pihak tuan/puan agar dapat memanjangkan email ini kepada semua PTJ di bawah JPM di Zon Sabah dengan kadar segera. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai kami Puan Imelda Raymond (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 03-88723616, Encik Saipul Azrol bin Muhamad (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 03-88723606 atau Pn Nursharihan bt Ahmed (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) 03-88723650. PTJ juga boleh berhubung dengan JANM masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini. Segala kesulitan dari pihak tuan/puan amat kami kesali.
Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.

“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang”
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti”

SAIPUL AZROL BIN MUHAMAD
Bahagian Akaun
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3-4, Blok B7
62502 Putrajaya
03-88723606
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.