Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
Setelah semakan dibuat, didapati pihak tuan/puan masih belum menghantar Laporan Penyata Penyesuaian bagi akaun bulanan yang telah disesuaikan (Sila rujuk LAMPIRAN A) seperti yang ditetapkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8/87(Vot), Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.18 Tahun 2001(Amanah), Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil. 2 Tahun 1986(Hasil) dan Bil.3 Tahun 2014(Deposit Akaun Amanah) serta Arahan Perbendaharaan 143(b) bagi Penyesuaian Akaun Vot, Hasil dan Amanah.
Pihak tuan adalah dikehendaki menghantar Penyata Penyesuaian bertanda (X) yang tersenarai di lampiran A ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sabah sebelum atau pada 28 Mac 2016. Kegagalan menghantar Laporan Penyata Penyesuaian dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini dikeluarkan akan menyebabkan semua baucer bayaran Jabatan tuan/puan akan dikuiri.
Sila asingkan penyata penyesuaian mengikut jenis penyesuaian tersebut dengan menggunakan Borang Maklumbalas Laporan Penyesuaian (MLP) yang baru (muat turun di portal rasmi http://portalpp.anm.gov.my/kotakinabalu/) beserta surat iringan Jabatan.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai berikut: Pn. Shirley Alexius Liaw – Penyesuaian Hasil-C330 (088-324842), En. Marcilinus Patrick – Penyesuaian Amanah – C350, Penyesuaian Amanah – C350, Penyesuaian Vot Tanggungan – C230T, Pembangunan – C232P & PFI – C233S (088-324853), Cik. Ainah Binti Libbie – Penyesuaian Buku Vot Mengurus – C231B (088-324853), Pn. Zabariah Lee Ah Sam – Daftar Penyesuaian (088-324853).
Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai. Paparan ini boleh di muatturun dalam Buletin eSPKB, Buletin eTerimaan.
Sekian, terima kasih.
Unit Akaun JANM Negeri Sabah