Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

SEMUA PTJ DI BAWAH SELIAAN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA NEGERI SABAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Y.Bhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

PTJ seperti di Lampiran,
PERINGATAN: SENARAI PTJ YANG GAGAL MENGEMUKAKAN SIJIL PENGESAHAN BAKI AKAUN BAGI BULAN MEI 2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Adalah dimaklumkan bahawa pihak Y.Bhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan belum lagi mengemukakan Sijil Pengesahan Baki (SPB) Bulan Mei 2024  bagi akaun berikut:

BIL AKAUN RUJUKAN PEKELILING PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
   1   VOT / DANA   SPANM BILANGAN 5 TAHUN 2023   NOOR AIN BINTI ABDULLAH
   2   TERIMAAN   SPANM BILANGAN 3 TAHUN 2019,  (Soalan Lazim     Penyelenggaraan Laporan Kewangan – 24 Jun 2022)   JUINITA BINTI RANGGANGON
   3   DEPOSIT   SPANM BILANGAN 1 TAHUN 2023   WAN MOHAMAD SYAFAWEE BIN WAN ZAKI
   4   AMANAH   AP143(b), 1 PEKELILING PERBENDAHARAAN WP10.4    SAHATINAH BINTI SULAIMAN
  & SPANM BILANGAN 4 TAHUN 2021

 3.    Sehubungan dengan itu, PTJ yang berkenaan hendaklah mengemukakan SPB bagi Akaun berkaitan dengan kadar yang segera. Dilampirkan bersama senarai PTJ (mengikut jenis akaun) yang belum menghantar SPB mengikut jenis akaun untuk rujukan.



4.    Adalah diharapkan setiap PTJ hendaklah memastikan Sijil Pengesahan Baki Akaun yang berkaitan dikemukakan pada Unit Akaun, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah selewat-lewatnya 14 haribulan bulan berikutnya, mengikut ketetapan seperti rujukan pekeliling di atas. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini boleh hubungi Unit Akaun JANM Negeri Sabah di talian 088 324 814 / 817 / 843, atau email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

5.     Kerjasama Y.Bhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan amatlah dihargai. Sila abaikan emel peringatan ini sekiranya sudah menghantar SPB ini kepada kami.

 Sekian, terima kasih.

 

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

 Saya yang menjalankan amanah,

                t.t

JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW APOK C.A.(M)
KETUA PENOLONG PENGARAH (OPERASI)
b.p. PENGARAH
JANM NEGERI SABAH