Media Sosial

fb  twitter
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 TARIKH AKHIR PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN REKUPMEN PANJAR DAN PROSES PENERIMAAN REKUPMEN BAGI TAHUN 2023

Semua Ketua Jabatan / Pusat Tanggungjawab (PTJ)


Ybhg. Datuk / Dato’/ Datin / Tuan / Puan,

TARIKH AKHIR PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN REKUPMEN PANJAR DAN PROSES PENERIMAAN REKUPMEN BAGI TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.      Bagi melancarkan proses  penutupan panjar bulanan, semua PTJ Pemegang Panjar hendaklah mematuhi tarikh-tarikh Akhir Penyediaan Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar dan Penerimaan Rekupmen seperti ditetapkan di Lampiran A. Kegagalan mematuhi tarikh-tarikh tersebut akan menyebabkan Akaun Penyelesaian Panjar (A2911101) tidak berbaki kosong.

3.      Selain itu, Jabatan ini akan menolak (kuiri) Arahan Pembayaran Rekupmen yang diterima selepas tarikh akhir rekupmen. Sekiranya memerlukan pertanyaan penjelasan lanjut, sila hubungi Puan Sibylla Julius @ Sheila Kandu di talian 088-324814.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “
“Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul”

Saya yang menjalankan amanah,

                          tt
(ROSDI BIN ABU C.A.(M),CPA(AUST))
Pengarah
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah