Media Sosial

fb  twitter
rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

SEMUA PTJ DI BAWAH SELIAAN

JANM NEGERI SABAH

Tuan/Puan,

PENGHANTARAN PENGESAHAN BAKI KOD AKAUN YANG BERKAITAN UNTUK TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA SOKONGAN BAGI PENYATA KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PRA-PERALIHAN (INTERIM) TAHUN KEWANGAN 2023 (LEJAR AKRUAN)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Pejabat Perakaunan diminta untuk mengemukakan pengesahan baki bagi kod-kod akaun yang berkaitan bagi tujuan penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Interim bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2023 berdasarkan Lejar Akruan. Oleh itu, semua PTJ dibawah seliaan JANM Negeri Sabah hendaklah mengambil tindakan ke atas perkara seperti berikut:

(a) Menyediakan Pengesahan Baki bagi kod akaun seperti yang disenaraikan di Lampiran 1 dan Lampiran KKS Interim 2023.

(b) Memastikan Pengesahan Baki yang lengkap dan sempurna telah dikunci masuk dan disahkan selewat-lewatnya pada 24 OKT 2023. Pihak tuan/puan diminta memberikan penjelasan secara bertulis kepada kami sekiranya gagal melaksanakan perkara ini.

3.         Bersama ini dilampirkan bersama panduan berikut untuk rujukan tuan/puan:

            3.1 Tatacara menjana Laporan Kod Akaun berkaitan;

4.         Perhatian dan kerjasama tuan/puan untuk mematuhi panduan yang ditetapkan amatlah dihargai dalam memastikan Pengesahan Baki bagi penyediaan Kertas Kerja Sokongan Penutupan Interim Tahun 2023 bagi Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Pra-Peralihan Tahun Kewangan 2023 berdasarkan Lejar Akruan adalah lengkap dan teratur.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Saya yang menjalankan amanah,

                   t.t.

(JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW APOK C.A. (M))

Ketua Penolong Pengarah (Operasi)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia 

Negeri Sabah